UNIC
UNIC
Genres: pop, religious, 2000s, malaysia, malaysian
Similar artists via Last.fm
About UNIC
UNIC dianggotai oleh empat anak remaja yang memang meminati nasyid sejak dari bangku sekolah. Mereka ialah Bazli, Fitri, Hafiz dan WanShah. Mereka mewakili sekolah masing-masing di dalam pertandingan dan persembahan nasyid. Nama UNIC adalah satu daripada 50 nama yang dicadangkan sebelum mereka mula merakam album. Asalnya, mereka mahu menggunakan nama dalam bahasa Inggeris, iaitu UNIQUE. Namun nama UNIC (You And I See) yang lebih ringkas, mudah disebut dan diingati. Trend remaja gemar menggunakan singkatan abjad memberi inspirasi kepada mereka untuk menggunakan nama tersebut. UNIC adalah kumpulan nasyid yang berbeza dan unik. Mereka membawa irama nasyid dalam bentuk baru yang diberi nama 'pop dakwah'.Tujuannnya adalah untuk menarik golongan remaja yang meminati irama pop supaya menukar selera ke arah hiburan berbentuk dakwah. Pada bulan Februari 2002, dengan rasminya mereka menjadi artis nasyid di bawah Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn Bhd. Keunikan yang ketara adalah konsep lagu yang ditonjolkan, iaitu pop dakwah yang lebih agresif. Tidak keterlaluan dikatakan di sini, mereka pelopor konsep ini, biarpun pada masa sama kumpulan nasyid lain selesa dengan nasyid pop. Jika diteliti lagu dalam album pertama dan kedua, mereka telah mempelbagaikan rentaknya. Misalnya ada rentak 'twist' menerusi lagu Remaja dan Jalinan. UNIC juga mengetengahkan isu global dalam lagu yang dibawakan kerana mereka yakin konsep nasyid dan dakwah itu luas, bukan semata-mata menyentuh hal ketuhanan dan akidah. They can be found through this website: http://www.unicrecords.com.my/
Taken from Last.fm
5,704 listeners · 188,554 plays via Last.fm
On RadioStar
Radio Stations sorted by tracks on rotation
UNIC — Top 25 songs
| Artist | Song title | Like / Dislike | |
|---|---|---|---|
| UNIC | Kau, Kawan, Sahabat & Teman | ||
| UNIC | Ya Hanana (Official Music Video) ᴴᴰ | ||
| UNIC | Hanya Tuhan Yang Tahu | ||
| UNIC | Kau Kawan, Sahabat dan Teman | ||
| UNIC | Muhammad Ya Nabiyina | ||
| UNIC | Na-Ae Sarang (Mahligai Kasih) | ||
| UNIC | Langit Jingga (OST Aku Bukan Malaikat) | ||
| UNIC | Ya Hanana | ||
| UNIC | Hanya Tuhan yang tahu | ||
| UNIC | Khalidu Bil Quran | ||
| UNIC | Zinnirah | ||
| UNIC | Balqis | ||
| UNIC | Fatimah | ||
| UNIC | Hanya tuhan yang tahu | ||
| UNIC | Lafaz Yang Tersimpan | ||
| UNIC | Mahligai kasih | ||
| UNIC | See You di IPT | ||
| UNIC | Sekolahku | ||
| UNIC | you and I | ||
| UNIC | Qunut Nazilah | ||
| UNIC | DOA HINDAR KESUSAHAN & HUTANG | ||
| UNIC | Kita Da'i [2VvS] | ||
| UNIC | Bisikan Malam | ||
| UNIC | Insan Bernama Kekasih | ||
| UNIC | Remaja |